my LoVe Just For U

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 6, 2010

SeDuTAn NOVeL RiWaYaT HiduP CiNta ESTetiKa

Hari ini tidak lagi seperti semalam..
ku terus bangkit dari salju kesejukan pukulan kesukma yang menusuk didalam arteri-arteri yang member tenaga kepada kuasa degupan.
Oh ilahi…
kadang-kadang diriku tidak mengerti erti sebuah kehidupan yang benar-benar memenjara jiwa dan perasaanku untuk membina sebuah mahligai syurga cinta.
Adakah diriku masih tidak cukup mengenal apa itu kehidupan?
leka membiarkan diri dihanyutkan nafsu yang terbela oleh keinginan yang mengganas bagaikan tsunami menelan setiap bumi bahagia.
Ya robbul izzati kepadaMu ku memohon kekuatan segagah saidina ali dan tabah seperti bilal bin rabah..
Hanya Kau saja tahu apa inginku dan apa mahuku..
Klik..
Pollux memandang jendela di biliknya mengintai kelibat manusia yang lalu di bawah. Dia tersenyum melihat penghuni Kolej turun bersukan. Ada antara mereka bermain badminton, futsal jogging.
Kok! Kok! Kok!
Pintu diketuk dan kelibat Rahman muncul.”pollux, jom pergi main futsal. Sampai bila kau asyik nak berkurung dalam bilik ni? Marila main bersama aku.” Rahman memujuk dan tercalit sedikit sindiran dalam kata-katanya.
“kau pergilah main dulu man. Aku bukan tak nak main tapi aku ada keje sikit. Maklumla aku kan pelajar seni jadi paham-paham jela.” Pollux menjawab dengan nada memujuk dan mengelak dari turun bermain. Dia sengaja mencipta alasan kerana dia lebih suka berkurung dalam bilik.
“banyaklah kau punya asigment..org lain pun blaja jugak tapi ada masa jugak untuk bersukan..tak apala aku turun dulu..” sedikit kekecewaan muncul dari kata-kata Rahman kemudian menutup pintu.
‘maafkan aku man..’ hati Pollux bersuara. Dia kembali menambung lamunannya dengan mencipta imaginasi dengan melihat figura-figura awan yang terbentuk dari wap air itu.
‘Bolehkah manusia terbang? Adakah cara atau kuasa membolehkan manusia terbang……

No comments:

Post a Comment