my LoVe Just For U

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 18, 2011

Sunday, February 6, 2011

KENANGANSEMALAM



sedar x sedar da semester 5 aku sekarang. gambar kat atas ni projek kaca masa semester 1 dahulu. ni aku buat dua orang. adoi memang penat giler r potong kaca n susun semua alah benda ni. ape2 pon thanks EN RAZAK kerana membuka mata saya tentang seni. sekarang baru aku memahami seni itu bukannya datang dari bakat sahaja tetapi dengan usaha yang gigih.

"LOVE IS THE VOICE UNDER ALL SILENCE"

Saturday, February 5, 2011

SENIREKABENTUKINDUSTRI


dalam dunia seni terdapat pelbagai bidang. so hari ini aku nak cite tentang studio yang aku amik pada sem lepas tapi hanya dapat B. entahla kadang-kadang aku rase tidak adil je. yela duit abis banyak tapi b je lec tu bagi kat aku. aku pon heran..

nah tgokla sketches aku yg len kt bawah ni...


usiasemakinmatangtapimanusiasemakinkelam





Masyarakat di negara Malaysia masih lagi kurang sensiviti tentang seni, mereka hanya melihat seni dengan nilai pandang sahaja bukan dengan nilai hayati. oleh kerana nilai sensivitI makin kurang tanpa mereka sedari nilai kreativiti tidak akan berkembang. kreativi seseorang manusia bermula apabila manusia memikirkan sesuatu masalah dan mencari altenatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Demi mencapai Wawasan 2020, kesedaran tentang seni perlu dititikberatkan kerana negara maju memerlukan masyarakat yang berfikiran kreatif dan menaakul. oleh itu sama-samalah kita menghidupkan dan mula mempelajari apa itu seni dan apa yang dinamakan pemikiran kreatif.

"MY LIFE IS AN EXPRESSION OF MY TALENTS AND ABILITIES'

Monday, March 15, 2010

La Tahzan (Sedutan Riwayat hidup cinta estetika)

Hari ini keegoaanku tiada lagi, ku cuma mampu berselindung air mata melalui air yang membasahi badanku. Iya, ku mandi bila ku menangis kerana hatiku luluh ibarat air yang mengalir ke satu lubang dan membawanya pergi. Sesudah mandi ku terlihat sebuah buku di atas meja makan. "oh ma pinjam rupanya" bisik hatiku..

buku tersebut berjudul La Tahzan. Aku membelek helaian demi helaian sehingga ku tak menyedari kehadiran ibuku. "Pergila pakai baju dulu" ibuku menyuruhku. "Kejapla ma,,best buku ni" Aku berdegil.."Ma pinjam kat pustaka tadi selepas dengar ceramah ustazah" "Owh..nak baca dulu boleh?""eerrmm..ambikla..nanti ma nak baca ma minta"

YA ALLAH..
"semua yang ada dilangit dan dibumi selalu minta pada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan" Ar Rahman ayat 29.

ketika laut bergemuruh,ombak menggunug,dan angin bertiup kencang menerjang,semua penumpang kapal akan takut dan menyeru "Ya Allah!"
ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir,kenderaan menyimpang jauh dari jalurnya,dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru "Ya Allah!"
Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru : "Ya Allah!"
ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu,mereka pun menyeru: "Ya Allah!"
ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa terasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul,menyerulah: "Ya Allah!"
ku ingat Engkau saat alam begitu gelap gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam Ku sebut nama-Mu dengan lantang di saat fajar menjelang, dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah
Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundah gulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadrat-Nya.
setiap dini hari menjelang,tadahkanlah kedua tangan,julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan matamu ke arah-Nya untuk memohon pertolongan!
Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat dan berzikir dengan nama-Nya. dengan begitu, hati akan tenang, jiwa akan damai, saraf tak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar.
Demikianlah, dengan selalu menyebut nama-Nya, keyakinan akan semakin kukuh. Kerana, Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya (QS. Asy-Syura: 19)

Ya Allah!!Ya Allah!!Ya Allah!!
Tanpa ku sedari air mataku mengalir..Ampuni Dosaku Ya Allah..Ampuni dosa orang yang mengkhianati kejujuranku.................

Saturday, March 6, 2010

Bercinta,dicintai,mencintai di alam percintaan(riwayat hidup cinta estetika)

"Dan orang beriman itu bersangatan cinta mereka kepada Allah"
(surah al-baqarah,2: 165)

Cinta??
macam mana tu? ku tak pernah merasainya. Ya Allah Jika benar cinta itu suatu yang indah Kau berikanlah aku secebis rasa itu agar ku tahu untuk memahami erti sebuah kehidupan. Amiin..

"Abang Pollux"..
"iya..iya.."
"Abang buat apa tu? ni dayah buatkan air untuk abang..keropok pun ada..abg suka makan kan?hehe.."
aku tersenyum..
"terima kasih dayah"
"dayah memang rajin..beruntunglah siapa yang dapat memperisterikan dayah satu hari nanti..hehe"
"isssh..abg ni..orang bru abis darjah enam la"
"iya..Aisyah darjah 3 kahwin ngan nabi taw"
dayah tersenyum..terus lari pergi ke dapur..
"malulah tu."bisik hatiku..

dayah?kamu memang membuat hatiku tersentuh. Walau saat ini aku hampir ketandusan segalanya tapi keluargamu banyak membantu diriku. Tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini ku ingin melihat dirimu selalu. walau beza umur antara kita lima tahun entah kenapa aku rasakan sesuatu keinginan yang aku mahukan pada dirimu.

Aaaaarrrgghh!!!
Itu perkara lama. Tidak perlu ku terus membekung mindaku dengan terus mengingati dirinya. Dia hanya sebuah watak dalam pentas kehidupanku. Mungkin dulu dia pernah menjadi salah seorang watak utama akan tetapi hari ini tiada lagi. Wataknya akan ku pupuskan dalam ingatanku.

Bukankah seseorang itu amat sensitif dengan kesukaan orang yang dicintainya? Dan seseorang itu akan berusaha sedaya upaya untuk membuatkan orang yang dicintainya itu gembira. Segala tumpuan akan dicurahkan untuk memastikan orang yang dicintai itu supaya gembira, suka dan bahagia. Itulah syarat cinta dan bukti kecintaan yang sejati. Kaedah dan prinsip cinta ialah apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan orang yang dicintai, maka akan turut dicintai sama.

Pollux merenung jauh ke dalam awan dan tiba-tiba dia terpandang figura yang membentuk huruf jawi yang tidak asing lagi bagi umat islam..Alif Lam Lam Ha..
Subhanallah..Maafkan aku kerana telalu leka sehingga ku lupa Kau jadikan semua itu ada asbabnya. Pollux menangis meratapi kekhilafannya..
seorang pujangga ada bermadah:
"Kamu menderhakai Tuhan dan kamu menzahirkan kasih kepada-Nya,Aduhai! Sesungguhnya perkara ini terjadi adalah perkara yang pelik"
"Jika cintamu adalah benar pasti engkau akan mentaati-Nya, Sesungguhnya seorang kekasih terhadap orang yang dikasihinya ialah seorang yang amat taat!"

Ada benarnya kata pujangga ini. Aku akan sedaya upaya mentaati segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu(Amar makruf nahi munkar). Semoga Allah temukan aku dengan seorang wanita yang mentaatiMu.

Pollux!!Pollux!!Pollux!!
"siapa yang memanggilku?"Bisik hatiku..
"La korang.."
"Marilah makan dengan kitorang..Pollux sombong sekarang..tak nak kawan dengan kitorang lagi dah"
"mentang-mentanglah makin smart"
Aku hanya mendengar celoteh kawan-kwan sekelasku dan tersenyum..
ku bersuara"Eh tak adala..kan da tak sama kelas macam mana nak jumpa"
"okeh Pollux join skali"
kami berborak tentang sepanjang semester baru ni..tiba-tiba aku terpandang seseorang. Aku hanya perhatikan gelagatnya dan dia melihat aku dan alihkan pandangannya. Sebelah dia macam insan yang ku kenal..owh ita..
ku bangkit dan terus meluru ke arah ita..aku menegur dan bertanyakan khabar..dalam masa yang sama aku mencuri pandang gadis tersebut..Dia memang membuatkan aku merasakan sesuatu yang aneh..Adakah Dia estetika hatiku? Aku bertanya pada Ita dan Ita hanya memberitahu dia kawan satu kos dan budak Sabah..Tak lama kemudian mereka beredar..Aku terus mengingati wajahnya dan aku berazam akan kenalinya..

bersambung...

Thursday, January 14, 2010

SeDuTAn NOVeL RiWaYaT HiduP CiNta ESTetiKa-bab " khilaf "

ku meniti dunia ketandusan iman dengan penuh kesabaran walau kadangkala ku ku fikir dunia ni terlalu kejam bagiku akan tetapi aku cuba memperbetulkan niatku supaya tidak sesat dalam gelumang kejahilan. Pollux mengimbas kembali zaman persekolahannya dan dia melihat sesuatu kadar banding yang wujud antara ruang ambiguiti dalam dirinya.

"Pssstt...Pollux, jom ponteng sekolah..ade mung senang skit..yela mung kang pengawas jd mudoh la kite nk kuor naik moto.."

"kite nok pergi mana? Kalu gitu aku kene buat surat tipu sakit palsu dulu"

"beres bos..hehe..camtu la baru geng"

Strategi yang dirancang dengan teliti akhirnya melepaskan mereka dari kawalan dunia disiplin dan membawa satu kekhilafan tanpa disedari.

Pollux!!!