my LoVe Just For U

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 6, 2010

DuNiA Seni

Me and My Parents as Zapatistas by Zakaria Ali

Year: 1977. Medium: Oil on canvas. Size: 70 x 120cm.

Terima kasih kepada Dr. Zakaria Ali kerana membalas e-mail dan telah memberikan maklumat catan ini:

Di tengah-tengah merupakan potret diri. Di sebelah kiri kanan, adalah ibu dan ayah Dr. Zakaria, yang kini kedua-duanya sudah arwah. Lukisan ini telah dilukis ketika mereka masih hidup. Menurut Dr. Zakaria, ibu-bapanya pernah bertanya kenapa pakaian bersenjata?

Sebenarnya sewaktu Dr. Zakaria di Mexico dahulu, beliau pernah membuat kajian tentang kumpulan petani yang memberontak terhadap rejim Juarez yang pro-mat salleh (US). Pemberontakan tersebut dipimpin oleh
Zapata, seorang asli Mexico, Náhuatl. Pengikutnya, digelar Zapatistas, kesemuanya adalah petani yang tertindas oleh pemilik tanah yang disokong oleh pihak gereja katolik.

Dr. Zakaria begitu terharu pada riwayat hidup Zapata yang akhirnya mati dibunuh oleh pengkhianat, sehingga beliau terpanggil untuk melukis potretnya. Tetapi potret Zapata di Malaysia siapa yang kenal? Maka beliau ubah menjadi potret diri, berlakon sebagai Zapatista.

Kini catan ini berada di Balai Seni Lukis Negara.

No comments:

Post a Comment