my LoVe Just For U

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 6, 2010

Bercinta,dicintai,mencintai di alam percintaan(riwayat hidup cinta estetika)

"Dan orang beriman itu bersangatan cinta mereka kepada Allah"
(surah al-baqarah,2: 165)

Cinta??
macam mana tu? ku tak pernah merasainya. Ya Allah Jika benar cinta itu suatu yang indah Kau berikanlah aku secebis rasa itu agar ku tahu untuk memahami erti sebuah kehidupan. Amiin..

"Abang Pollux"..
"iya..iya.."
"Abang buat apa tu? ni dayah buatkan air untuk abang..keropok pun ada..abg suka makan kan?hehe.."
aku tersenyum..
"terima kasih dayah"
"dayah memang rajin..beruntunglah siapa yang dapat memperisterikan dayah satu hari nanti..hehe"
"isssh..abg ni..orang bru abis darjah enam la"
"iya..Aisyah darjah 3 kahwin ngan nabi taw"
dayah tersenyum..terus lari pergi ke dapur..
"malulah tu."bisik hatiku..

dayah?kamu memang membuat hatiku tersentuh. Walau saat ini aku hampir ketandusan segalanya tapi keluargamu banyak membantu diriku. Tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini ku ingin melihat dirimu selalu. walau beza umur antara kita lima tahun entah kenapa aku rasakan sesuatu keinginan yang aku mahukan pada dirimu.

Aaaaarrrgghh!!!
Itu perkara lama. Tidak perlu ku terus membekung mindaku dengan terus mengingati dirinya. Dia hanya sebuah watak dalam pentas kehidupanku. Mungkin dulu dia pernah menjadi salah seorang watak utama akan tetapi hari ini tiada lagi. Wataknya akan ku pupuskan dalam ingatanku.

Bukankah seseorang itu amat sensitif dengan kesukaan orang yang dicintainya? Dan seseorang itu akan berusaha sedaya upaya untuk membuatkan orang yang dicintainya itu gembira. Segala tumpuan akan dicurahkan untuk memastikan orang yang dicintai itu supaya gembira, suka dan bahagia. Itulah syarat cinta dan bukti kecintaan yang sejati. Kaedah dan prinsip cinta ialah apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan orang yang dicintai, maka akan turut dicintai sama.

Pollux merenung jauh ke dalam awan dan tiba-tiba dia terpandang figura yang membentuk huruf jawi yang tidak asing lagi bagi umat islam..Alif Lam Lam Ha..
Subhanallah..Maafkan aku kerana telalu leka sehingga ku lupa Kau jadikan semua itu ada asbabnya. Pollux menangis meratapi kekhilafannya..
seorang pujangga ada bermadah:
"Kamu menderhakai Tuhan dan kamu menzahirkan kasih kepada-Nya,Aduhai! Sesungguhnya perkara ini terjadi adalah perkara yang pelik"
"Jika cintamu adalah benar pasti engkau akan mentaati-Nya, Sesungguhnya seorang kekasih terhadap orang yang dikasihinya ialah seorang yang amat taat!"

Ada benarnya kata pujangga ini. Aku akan sedaya upaya mentaati segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu(Amar makruf nahi munkar). Semoga Allah temukan aku dengan seorang wanita yang mentaatiMu.

Pollux!!Pollux!!Pollux!!
"siapa yang memanggilku?"Bisik hatiku..
"La korang.."
"Marilah makan dengan kitorang..Pollux sombong sekarang..tak nak kawan dengan kitorang lagi dah"
"mentang-mentanglah makin smart"
Aku hanya mendengar celoteh kawan-kwan sekelasku dan tersenyum..
ku bersuara"Eh tak adala..kan da tak sama kelas macam mana nak jumpa"
"okeh Pollux join skali"
kami berborak tentang sepanjang semester baru ni..tiba-tiba aku terpandang seseorang. Aku hanya perhatikan gelagatnya dan dia melihat aku dan alihkan pandangannya. Sebelah dia macam insan yang ku kenal..owh ita..
ku bangkit dan terus meluru ke arah ita..aku menegur dan bertanyakan khabar..dalam masa yang sama aku mencuri pandang gadis tersebut..Dia memang membuatkan aku merasakan sesuatu yang aneh..Adakah Dia estetika hatiku? Aku bertanya pada Ita dan Ita hanya memberitahu dia kawan satu kos dan budak Sabah..Tak lama kemudian mereka beredar..Aku terus mengingati wajahnya dan aku berazam akan kenalinya..

bersambung...

No comments:

Post a Comment