my LoVe Just For U

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 9, 2010

ZaMan KEJaTuHan IsLam; SedutAn Novel riwaYat Hidup Cinta EstetIkA

Nabi SAW bersabda :
"Kelak umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mngerumuni makanan mereka...salah seorang bertanya : "Adakah kerana bilangan sedikit pada ketika itu?"...Nabi SAW menjawab : "tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namun kalian adalah seperti buih di lautan..Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan 'Wahn' ke dalam hati kalian"..salah seorang bertanya : "Apa itu Wahn, Wahai Rasulullah?"...Nabi SAW menjawab ; "Cintakan kehidupan dan membenci kematian"{Abu Dawud dan Ahmad}
RINTIHAN UMAT ISLAM: UNTUK BERAPA LAMA LAGI?

Allahuakbar!!

Pollux mengambil buku yang dipinjamnya di pustaka sepetang td. Buku itu bertajuk Zaman Kejatuhan Islam.Pollux membelek muka surat pertama dan meneruskan pembacaan.

Pihak Barat diketuai oleh Britain dan Perancis, mula menjajah dunia Islam pada kurun ke-19. Pejuang kebangsaan Arab melancarkan perang terhadap Khalifah Uthmanyyiah. Faisal si pengkhianat : Anak lelaki Sharif Hussain Mekah, agen Britain.
1915 : Britain memulakan penaklukan ke atas Iraq.......

Thursday, January 7, 2010

SeDuTAn NOVeL RiWaYaT HiduP CiNta ESTetiKa 2

Al Muk...
mengapa timbul kejahilan nafsu dan ketandusan iman dalam membina kehidupan rohani. kadangkala estetika alunan misteri mukjizat hakiki bersemi keimanan mampu memujuk tembok angkara syaitan dalam hati untuk rebah sujud kepada ilahi.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim Kau bukakanlah Pintu rohani kepada makhluk di Bumi Bahagia Mu ini. Ku Pohon cinta kudus seperti Adam dan Hawa dan tempatkanlah kami dimahligai abadi disampingmu ya Allah...Amin..

Pollux bangkit dari sujud dan mengelap air jernih yang mengalir di pipinya. Alhamdulillah..Walaupun hidupku selalu di uji tapi tidak sehebat umat seperjuangan lain di Palestin. Timbul rasa sebak di hati Pollux memikirkan nasib mereka yang entahkan makan atau tidak.

Wednesday, January 6, 2010

SeDuTAn NOVeL RiWaYaT HiduP CiNta ESTetiKa

Hari ini tidak lagi seperti semalam..
ku terus bangkit dari salju kesejukan pukulan kesukma yang menusuk didalam arteri-arteri yang member tenaga kepada kuasa degupan.
Oh ilahi…
kadang-kadang diriku tidak mengerti erti sebuah kehidupan yang benar-benar memenjara jiwa dan perasaanku untuk membina sebuah mahligai syurga cinta.
Adakah diriku masih tidak cukup mengenal apa itu kehidupan?
leka membiarkan diri dihanyutkan nafsu yang terbela oleh keinginan yang mengganas bagaikan tsunami menelan setiap bumi bahagia.
Ya robbul izzati kepadaMu ku memohon kekuatan segagah saidina ali dan tabah seperti bilal bin rabah..
Hanya Kau saja tahu apa inginku dan apa mahuku..
Klik..
Pollux memandang jendela di biliknya mengintai kelibat manusia yang lalu di bawah. Dia tersenyum melihat penghuni Kolej turun bersukan. Ada antara mereka bermain badminton, futsal jogging.
Kok! Kok! Kok!
Pintu diketuk dan kelibat Rahman muncul.”pollux, jom pergi main futsal. Sampai bila kau asyik nak berkurung dalam bilik ni? Marila main bersama aku.” Rahman memujuk dan tercalit sedikit sindiran dalam kata-katanya.
“kau pergilah main dulu man. Aku bukan tak nak main tapi aku ada keje sikit. Maklumla aku kan pelajar seni jadi paham-paham jela.” Pollux menjawab dengan nada memujuk dan mengelak dari turun bermain. Dia sengaja mencipta alasan kerana dia lebih suka berkurung dalam bilik.
“banyaklah kau punya asigment..org lain pun blaja jugak tapi ada masa jugak untuk bersukan..tak apala aku turun dulu..” sedikit kekecewaan muncul dari kata-kata Rahman kemudian menutup pintu.
‘maafkan aku man..’ hati Pollux bersuara. Dia kembali menambung lamunannya dengan mencipta imaginasi dengan melihat figura-figura awan yang terbentuk dari wap air itu.
‘Bolehkah manusia terbang? Adakah cara atau kuasa membolehkan manusia terbang……

DuNiA Seni

Me and My Parents as Zapatistas by Zakaria Ali

Year: 1977. Medium: Oil on canvas. Size: 70 x 120cm.

Terima kasih kepada Dr. Zakaria Ali kerana membalas e-mail dan telah memberikan maklumat catan ini:

Di tengah-tengah merupakan potret diri. Di sebelah kiri kanan, adalah ibu dan ayah Dr. Zakaria, yang kini kedua-duanya sudah arwah. Lukisan ini telah dilukis ketika mereka masih hidup. Menurut Dr. Zakaria, ibu-bapanya pernah bertanya kenapa pakaian bersenjata?

Sebenarnya sewaktu Dr. Zakaria di Mexico dahulu, beliau pernah membuat kajian tentang kumpulan petani yang memberontak terhadap rejim Juarez yang pro-mat salleh (US). Pemberontakan tersebut dipimpin oleh
Zapata, seorang asli Mexico, Náhuatl. Pengikutnya, digelar Zapatistas, kesemuanya adalah petani yang tertindas oleh pemilik tanah yang disokong oleh pihak gereja katolik.

Dr. Zakaria begitu terharu pada riwayat hidup Zapata yang akhirnya mati dibunuh oleh pengkhianat, sehingga beliau terpanggil untuk melukis potretnya. Tetapi potret Zapata di Malaysia siapa yang kenal? Maka beliau ubah menjadi potret diri, berlakon sebagai Zapatista.

Kini catan ini berada di Balai Seni Lukis Negara.